Malam tadi lebih kurang jam 10 malam, ayah chik aku call, ayah chik ni adik abah n tinggal sebelah rumah abah, punyalah berdebar masa tu sbb ayah chik jarang call aku kalau tak ada sebab. Dalam pala otak ni, must be something wrong ni.Janganlah apa2 jadi kat family aku.
Ayah Chik : Salam nonie, kat ghumah ke?
Aku : Aha kat ghumah, ada apa ayah chik?
Ayah Chick : Ayah kawan nonie, Poziah call, bgtahu Poziah meninggal baru kejab tadi.
Aku : innalillah ....
Poziah ni kawan aku dari aku sekolah rendah lagi, dok mmg dekat ngan ghumah aku, sebaya kami. Dalam 6 bulan lepas, selepas dia lahirkan anak yang ke-5, doktor sahkan dia kena leukemia tahap 4. Arwah ni selalulah datang hospital ampang, aku rajin jugak ziarah dia. Cuma aku rasa terkilan sbbnya dalam bulan Dis 2010 lepas dia ada kat hospital ampang ni, tapi aku tak tahu, menurut cousin nya masa tu dia dah agak teruk, mungkin tak sempat nk bgtahu sapa2.
Kitorg dulu masa kecik mmg rapat, selalu main n belajar sama2, after darjah 6, dia masuk asrama, so mmg masa tu dah agak jarang jumpa. Sampailah aku terbaca dalam facebook dia, barulah aku tahu dia sakit. Kiranya aku jumpa dia balik dalam 6 bulan yang lepas. Besar sungguh rahmat Allah yang kita tak tahu kan, aku bersyukur sebab aku dapat jumpa balik dia. Arwah is very nice person, down to earth. Now aku dok terbayang-bayang muka anak2nya yang kecil2 itu. Semoga keluarganya tabah.
al-fatihah